KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) melantik seramai 300 Personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) untuk ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama seluruh negara bermula 1 April lalu.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah berasrama selain membantu mengurangkan beban tugas guru.
“MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama dapat terus diperkukuhkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Fdahlina, pelaksanaan inisiatif tersebut akan terus diperluaskan sebagai salah satu ikhtiar sejajar dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah KPM.
Langkah itu juga bertepatan dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menggariskan keperluan untuk guru memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
KPM sebelum ini memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan dan kebajikan murid di institusi pendidikan berasrama susulan beberapa isu yang dibangkitkan kebelakangan ini. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast















