Tular video memaparkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat di lintasan pejalan kaki di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki melanggar lampu isyarat merah hingga hampir melanggar beberapa pelajar mahu melintas jalan membawa padah apabila disaman pihak polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Radin Ramlan Radin Taha berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan lampu isyarat di lintasan pejalan kaki di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini pukul 7.25 pagi semalam.

Beliau memberitahu, video kejadian tersebut tular dalam media sosial sebelum Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru mengesan pemilik kereta berkenaan.

“Pemilik kereta berkenaan berusia 45 tahun dan saman dikeluarkan terhadapnya kerana melakukan kesalahan bawah Rule 17 LN 167/29 iaitu tidak mematuhi peraturan lampu serta Rule 46(1) LN 166/59 berkaitan lintasan pejalan kaki.

“Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan sikap pemanduan berhemah,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu tular video memaparkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat di lintasan pejalan kaki di Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast