Foto: Ihsan BBP Lopeng

MIRI – Seorang lelaki rentung dalam kebakaran selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta i Jalan Miri By Pass, di sini pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan rentung di dalam kenderaan kereta jenis Subaru BRZ itu.

“Khidmat lori lain turut digunakan bagi mengalihkan lori tanah berkenaan untuk memudahkan operasi menyelamat,” menurut JBPM itu.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat pada 10.59 pagi. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast