Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Penaung Kehormat Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (PABMM), ketika Majlis Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu serta Malam Puisi “Mengukir Bangsa” dan buku Bahasa dan Peradaban Membina Bangsa di Menara Aras Raya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 27 APRIL 2026.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti berhubung keputusan sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri ke-9 berkata, perkara itu bukan keputusan peribadi, sebaliknya tertakluk kepada arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Soal saya bertanding atau tidak, itu keputusan Presiden UMNO. Jika diberi watikah, saya akan bertanding. Jika tidak, saya akur,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu dan Malam Puisi Mengukir Bangsa serta buku Bahasa dan Peradaban Membina Bangsa di sini.

Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Penaung Kehormat Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (PABMM), ketika Majlis Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu serta Malam Puisi “Mengukir Bangsa” dan buku Bahasa dan Peradaban Membina Bangsa di Menara Aras Raya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 27 APRIL 2026.
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Penaung Kehormat Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (PABMM), bercakap pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu serta Malam Puisi “Mengukir Bangsa” dan buku Bahasa dan Peradaban Membina Bangsa di Menara Aras Raya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 27 APRIL 2026

Majlis berkenaan dirasmikan beliau selaku Penaung Kehormat Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu (PABMM) dan dijadual berlangsung pada 10 Oktober ini di Hotel Seri Pacific.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan tidak timbul soal kerusi atau kawasan kerana ia ditentukan oleh kepimpinan parti.

“Bukan soal kerusi mana. Itu semua di bawah keputusan parti,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan sokongan terhadap usaha UMNO membuka keahlian secara lebih luas kepada orang Melayu sebagai langkah memperkukuh perpaduan.

“Saya menyokong usaha Presiden untuk membuka UMNO kepada semua orang Melayu. Ini penting untuk penyatuan,” katanya.

Menurutnya, pendekatan itu termasuk memberi ruang kepada individu yang pernah dipecat, ahli parti lain mahupun mereka yang tidak berparti untuk bersama UMNO.

“Kita perlu lebih terbuka demi kekuatan dan penyatuan orang Melayu,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast