Perbicaraan kes bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin terhadap lima pertuduhan rasuah, kekal didengar di Mahkamah Sesyen.
Perkara itu ditentukan selepas Hakim Noor Ruwena Md Nurdin menolak permohonan Shamsul Iskandar untuk memindahkan lima pertuduhan yang dihadapinya, ke Mahkamah Tinggi.














