KLANG – Program Perjumpaan Pengarah RELA Selangor dan anggotanya di sini dipenuhi dengan aktiviti menarik.
Program telah berlangsung dengan jayanya di Rantau Panjang di sini dan dihadiri kira-kira 130 orang anggota baru-baru ini.

Program diisi dengan pelbagai pengisian menarik antaranya perkhidmatan gunting rambut secara percuma, pertandingan memancing dan pertandingan memasak secara berkumpulan yang berjaya memupuk kerjasama serta mengeratkan hubungan sesama anggota.

Pengarah RELA Negeri (PRN) Selangor, Abdul Aziz Sidi Ahmad berkata, kepentingan aktiviti sukan dalam membentuk disiplin, meningkatkan semangat kerja berpasukan serta memastikan tahap kecergasan anggota sentiasa berada pada tahap terbaik.
Turut hadir Pegawai RELA Daerah (PRD) Klang, Nur Syaqilah Hazwani Zulkefli.
Selain itu, acara cabutan nama bertuah turut menceriakan suasana dan memberi kegembiraan kepada semua yang hadir termasuk pendaftaran Jom Masuk RELA dan sumbangan kepada anggota asnaf.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para pegawai, kakitangan dan anggota RELA yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. – MalaysiaGazette
















