KUALA LUMPUR – Jalan Pelabuhan Barat merupakan laluan utama yang sibuk dengan dengan pergerakan kenderaan perdagangan untuk urusan penghantaran dan pengambilan muatan di kawasan tersebut.

Justeru itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey menasihatkan orang ramai, khususnya penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya, mengawal kelajuan serta menunggang dengan penuh berhemah.

“Sebarang kecuaian atau tindakan melulu boleh mengundang kemalangan serius termasuk kematian,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu beliau mengesahkan, penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jambatan Muhibbah, Jalan Pelabuhan Barat, Klang semalam.

Menurutnya, ketika kejadian pada jam 9.45 malam, mangsa lelaki berusia 37 tahun dari arah Pelabuhan Barat menuju ke Shah Alam gagal mengawal motosikalnya lalu digilis sebuah kenderaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya lagi.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman papan pemuka (dashcam) berhubung kejadian supaya menghubung Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Mustakim Najri di talian 012-5826983 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast