Allahyarham Jalil Hamid

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak tersohor, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Shah Alam dekat sini hari ini.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Afiqah Jalil selepas allahyarham ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya.

Beliau sebelum ini dilaporkan berhadapan masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan sekitar Julai 2022.

Dilahirkan pada 25 April 1957 di Kampung Kuala Masai Johor dan dibesarkan di Felda Cahaya Baru, Masai Johor Bahru.

Sepanjang karier dalam industri perfileman, beliau pernah memenangi beberapa anugerah iaitu, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-13 menerusi filem Baginda, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Anugerah Skrin 2016) Drama Calon Syurga dan Pelakon Lelaki Terbaik Filem tahun 2018 Anugerah Telenovela (Bisik Pada Langit) dan beliau pernah popular dengan lagu Ayam suatu ketika dahulu.

Jenazah dijangka akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah Alam Megah,Seksyen 28 Shah Alam dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast