Luqman Hafidz sebagai pemegang watak Sultan Melaka.

KUALA LUMPUR – Produksi teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) mengumumkan pelakon, Luqman Hafidz sebagai pemegang watak Sultan Melaka.

Sebelum ini, watak ikonik berkenaan pernah dipopularkan pelakon Adlin Aman Ramlie menerusi naskhah filem pada tahun 2004 serta pementasan teater muzikal.

Sementara itu, pemeran watak Gusti Adipati menjadi milik aktor Yusuf Hashim.

Turut diumumkan penyanyi, Mimi Fly dan aktres, Nadiah Aqilah  sebagai pemeran watak Bayan.

Selepas lebih dua dekad mencipta fenomena, Penerbit Eksekutif dan Pengarah PGLM, Puan Sri Tiara Jacquelina kembali menghidupkan legenda ikonik berkenaan dengan membuka sesi uji bakat rasmi bagi mencari barisan pelakon generasi baharu.

Watak utama seperti Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, Sultan, Adipati dan Bayan antara peranan yang menanti untuk dihidupkan semula dengan nafas baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast