Kredit JBPM

KOTA BHARU – Dua lelaki maut tertimbus dalam runtuhan tebing tanah di kawasan anak sungai dekat Ladang Sawit Jerimbong, Jeli semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Izuan Che Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 8.20 malam.

Beliau berkata mangsa dikenali Muhamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tertimbus dalam tanah setinggi dua meter.

“Mayat mangsa pertama dijumpai pada 9.25 malam manakala mayat mangsa kedua pada 11.18 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast