KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) muncul sebagai pemegang saham utama dalam Aeon Co (M) Bhd selepas memperoleh lebih 1.56 juta saham dalam syarikat berkenaan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengendali rangkaian pasar raya Jepun di Malaysia itu berkata, KWAP telah memperoleh sebanyak 1,567,200 saham pada 20 Mei 2026.
Berikutan transaksi tersebut, KWAP kini memegang 43.23 juta saham atau 3.08 peratus kepentingan langsung, serta 27.87 juta saham atau 1.99 peratus kepentingan tidak langsung dalam Aeon Co.
Pada penutupan dagangan Jumaat, saham Aeon Co susut satu sen kepada RM1.14 dengan 2.8 juta saham diniagakan. – Bernama
















