Jaslinda Saludin, 49 dilaporkan selamat selepas ditemukan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah, Foto media sosial.

IPOH – Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, berkata, dia terjatuh banyak kali ketika berada dalam hutan sepanjang 15 hari kehilangannya.

Jaslinda yang ditemukan selamat petang tadi  juga turut berdepan pelbagai cabaran terutama pada waktu malam sepanjang tempoh berkenaan.

Perkara berkenaan dikongsinya menerusi satu klip video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tapah Media yang memaparkan Jaslinda ditemukan selamat hari ini.

“Kakak gerak dulu. Kamera kakak semua bateri sudah habis. (Bila) kakak sudah sampai kakak tinggalkan jejak. Kakak jatuh banyak kali,” katanya ringkas.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, Jaslinda telah ditemukan berhampiran di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah.

Katanya, mangsa telah ditemukan oleh penduduk kampung yang dikenali sebagai Nazri Bah Eng kira-kira pukul 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin dalam satu kenyataan mengesahkan Jaslinda ditemui dan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita itu dihentikan secara rasmi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast