Mamadou Sangare. Foto Som Soccer.

LONDON – Manchester United dilaporkan sedang merancang untuk mendapatkan pemain tengah RC Lens, Mamadou Sangare pada pasaran perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan Foot Mercato, kelab itu sedang menyiapkan tawaran buat pemain berusia 23 tahun itu yang dianggap sebagai salah seorang pemain tengah paling berpotensi di Ligue 1 ketika ini.

RC Lens difahamkan meletakkan nilai pemain tersebut melebihi €40 juta dan buat masa ini, belum ada pengesahan bahawa tawaran rasmi telah dikemukakan kepada RC Lens.

“Sangare dilihat sebagai pemain tengah yang memiliki kekuatan fizikal, agresif ketika memenangi bola serta kemampuan mengawal tempo permainan, menjadikannya profil yang sesuai dengan keperluan Manchester United di bahagian tengah.

“Minat terhadap Sangare hadir ketika United terus menilai beberapa pilihan untuk memperkukuh jentera tengah menjelang musim baharu,” kata laporan itu.

Sangare kelahiran Mali menjadi watak penting membantu RC Lens menamatkan saingan liga di tempat kedua Ligue 1 dengan merekodkan tiga gol dan empat bantuan gol daripada 29 penampilan musim lalu. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast