Tangkap layar video tular kemalangan di media sosial

KUANTAN – Kereta yang melawan arus di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak menjadi punca berlaku kemalangan di kilometer 54.7 menghala ke Bentong malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.15 malam.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa mautan alat gantian kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dengan kereta yang dibawa lelaki warga emas berumur 74 tahun.

Kejadian itu berlaku semasa lori berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bentong.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, semasa lori berada di lorong kanan, ia telah bertembung dengan sebuah kereta yang melawan arus.

“Kereta tersebut telah memasuki lebuh raya KLK melalui stesen minyak berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan tersebut, Zaiham berkata, pemandu lori dan kereta mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di hospital.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan keterangan serta mengenalpasti punca kejadian secara menyeluruh dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast