Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku di sini.

Semasa sesi mengadap itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sembah taklimat daripada Mohd Khalid mengenai pelbagai perkara berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast