Anthony Loke

JOHOR BAHRU – Calon Menteri Besar Johor daripada Pakatan Harapan (PH) jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan dibincangkan di peringkat majlis tertinggi gabungan berkenaan nanti.

Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke berkata, fokus utama ketika ini adalah untuk memenangkan calon-calon gabungan berkenaan terlebih dahulu.

“Jadi soal Menteri Besar Johor akan dibincangkan di peringkat tertinggi PH, jadi setakat ini belum ada apa-apa pengumuman lagi,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengumuan Calon N.42 Johor Jaya dan N.40 Tiram di Pusat Komuniti Harapan, Plentong di sini hari ini.

Dalam majlis itu Nor Zulaila Abd Ghani, 38, dan Lee Wern Yiing, 30, diumumkan sebagai calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya dan Tiram.

Turut hadir Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching dan Timbalannya, Wong Shu Qi.

Terdahulu beliau ditanya siapa poster boy dan calon Menteri Besar Johor daripada PH sekiranya menang PRN Johor.

Anthony berkata, bagi DAP setiap kawasan yang mereka tandingi akan ada poster boy atau poster girl berdasarkan calon-calon parti tersebut yang bertanding.

Katanya, sasaran DAP adalah untuk menang dan mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini termasuk Tiram yang merupakan kawasan baharu parti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast