KUALA LUMPUR – Data terbaharu Airbnb mendedahkan rakyat Malaysia semakin mengutamakan destinasi yang lebih dekat dengan rumah untuk percutian pertengahan tahun, sekali gus memacu momentum pelancongan domestik.
Kuala Terengganu mencatat hampir 60% peningkatan carian dalam kalangan pelancong Malaysia.
“Walaupun begitu, destinasi popular seperti Kuala Lumpur dan Selangor terus menjadi pilihan utama untuk percutian domestic dan pengembara Gen Z di Malaysia kini semakin tertarik untuk meneroka lokasi yang unik,” tambahnya.
Manakala Pulau Pangkor, Pulau Pinang dan Langkawi muncul sebagai destinasi pantai popular untuk percutian pertengahan tahun dalam kalangan pengembara Gen Z, dengan peningkatan carian melebihi 20%.
Pada masa sama, minat terhadap pelancongan di rantau Asia Pasifik juga kekal kukuh, kata Airbnb.
Menurutnya, rakyat Malaysia kini semakin memanfaatkan cuti singkat untuk percutian bandar yang santai.
Walaupun destinasi popular seperti Kuala Lumpur dan Selangor terus menjadi pilihan utama untuk percutian domestik, pengembara Gen Z di Malaysia kini semakin tertarik untuk meneroka lokasi yang unik.
Pulau Pangkor muncul sebagai destinasi paling menarik perhatian dalam kalangan Gen Z, dengan peningkatan carian melebihi 20%.
Airbnb berkata, bagi pelancongan antarabangsa pula, pengembara Gen Z lebih mengutamakan destinasi di sekitar Asia Pasifik, termasuk Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Australia.
Antara bandar yang popular dalam kalangan mereka ialah Bangkok, Perth, Jakarta, Ho Chi Minh City, Bandung, Busan dan Melbourne.
Jelasnya, trend ini mencerminkan kecenderungan memilih destinasi yang menawarkan budaya, makanan dan pengalaman bandar yang meriah, serta mudah diakses.
“Daripada percutian tepi pantai dan bandar bersejarah sehingga pengalaman bandar yang dinamik, rakyat Malaysia kini semakin cenderung mencari pengalaman yang pelbagai tanpa perlu mengembara jauh dari tanah air,” katanya. – MalaysiaGazette















