Antara bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Venezuela. - Foto: AFP

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 32 orang maut dan lebih 700 lagi cedera dalam gempa bumi kuat di Venezuela, kata Pemangku Presiden Venezuela Delcy Rodriguez pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pada masa ini, kami mempunyai data mengenai 32 kematian, tidak mengira angka yang boleh diberikan oleh negeri La Guaira, dan lebih 700 mangsa dimasukkan ke jabatan kecemasan hospital awam dan pusat perubatan swasta,” kata Rodriguez dalam ucapan kepada rakyat, seperti yang disiarkan oleh VTV.

La Guaira State ialah wilayah yang paling terjejas, tambah pemangku presiden itu. — BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast