Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan berkaitan pengabaian dan menyebabkan kematian puluhan ekor kucing di sebuah unit kediaman di Subang Jaya, Mac lalu.
Tertuduh, Lee Reo Jin, 49, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor.















