[FOTO FAIL AFP] Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan pada, December 29, 2025.

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk mengadakan pertemuan di AS dalam masa terdekat selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbualan telefon semalam, menurut Pejabat Perdana Menteri Israel.

Perbualan itu berlangsung selepas AS dan Israel bekerjasama dalam kempen ketenteraan terhadap Iran, selain susulan laporan mengenai ketegangan antara kedua-dua pemimpin berhubung usaha menamatkan perang.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel, Netanyahu menyifatkan AS sebagai penjamin kebebasan global dan menegaskan Israel amat menghargai hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Dalam perbualan berkenaan, Netanyahu turut mengucapkan tahniah kepada Trump sempena ulang tahun ke-250 Hari Kemerdekaan AS.

Washington ialah sekutu paling rapat Israel, namun Trump sejak beberapa minggu kebelakangan ini secara terbuka mengkritik Netanyahu selepas perang Israel dengan Hizbullah di Lubnan menjejaskan usaha rundingan damai dengan Iran. -AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast