Zizi Kirana kini muncul dengan single terbaharu berjudul Pijak.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Zizi Kirana mengakui dia mengambil masa selama lebih setahun untuk memikirkan dan mempersiapkan diri  sebelum melalui proses perceraian dengan Yusuf Bahrin.

Jelas Zizi, 41, dalam tempoh itu, pelbagai rujukan dibuat termasuk berjumpa orang yang berilmu dan berpengalaman.

“Melalui perbincangan terakhir, pihak di sana pun cakap begitu (bersetuju). Kesusahan yang saya alami sebelum ini, Allah sudah bagi jawapan.

“Cuma saya sahaja yang sebelum ini belum terbuka hati dan menidakkan perkara itu,” jelasnya yang berkongsi pengalaman  ketika menjadi tetamu jemputan dalam Podcast Confession Bilik Gelap.

Zizi juga mengakui  tidak pernah sama sekali menyesali fasa perkahwinannya bersama Yusuf meskipun rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama hampir lima tahun.

Pemilik nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil itu berkata, dugaan itu dianggap sebagai satu ujian daripada Allah untuk mengajar dirinya erti keikhlasan dalam melepaskan sesuatu yang disayangi.

Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana.

Malah, jelasnya, perkara itu membuatkan dia sedar bahawa tiada satu pun perkara di dunia ini menjadi hak milik mutlak manusia selama-lamanya.

“Saya tidak menyesali (perkahwinan) sebab saya rasa itu adalah ujian yang Allah bagi kepada saya untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang.

“Itu juga mengajar saya sebenarnya benda dekat dunia ini bukan milik kita pun. Masa itu saya fikir, benda yang paling kau sayang, ini yang Allah akan uji sebenarnya.

“Jadi bila Allah uji itu, saya kena belajar untuk melepaskan.

“Itu sahaja dalam fikiran saya ketika itu. Ini semua bukan saya punya, semua Allah punya dan tiada yang kekal,” katanya.

Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast