Erling Haaland. Foto FB FIFA World Cup.

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Penyerang sensasi, Erling Haaland meledak dua gol pada penghujung perlawanan untuk membawa Norway melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama menerusi kemenangan mengejut 2-1 ke atas Brazil.

Kemenangan bersejarah itu menyaksikan juara lima kali itu tersingkir seawal pusingan 16 terbaik.

Brazil yang melantik Carlo Ancelotti bagi menamatkan kemarau kejuaraan Piala Dunia selama 24 tahun turut tersingkir kepada pasukan Eropah buat edisi keenam berturut-turut.

Kali terakhir Brazil gagal mara sekurang-kurangnya ke suku akhir ialah pada 1990 apabila tewas 0-1 kepada musuh tradisi, Argentina pada pusingan 16 terbaik.

Pada aksi di Stadium MetLife, penjaga gol Norway, Orjan Nyland, mempamerkan aksi cemerlang apabila menyelamatkan sepakan penalti Bruno Guimaraes pada babak pertama sebelum Haaland menjaringkan dua gol dalam tempoh 11 minit terakhir di Stadium MetLife.

Neymar hanya mampu merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Brazil dihadiahkan penalti kedua perlawanan.

Sementara itu, dua gol Haaland menyaksikannya kini berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak kejohanan bersama Lionel Messi dengan tujuh gol, selain mengesahkan pertemuan Norway dengan England di suku akhir di Miami pada 11 Julai.

Selepas wisel penamat, Neymar rebah sambil menangis, dalam apa yang dilihat mungkin penampilan terakhirnya bersama Brazil di pentas Piala Dunia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast