Steve Bui.

KUALA LUMPUR – Dua jenama keluaran tempatan makanan haiwan peliharaan, MR.VET dan Bite of Wild terus mencipta nama peringkat antarabangsa apabila menerima pengiktirafan di Orange Dot Award.

Ia iaitu sebuah platform anugerah yang mengiktiraf inovasi dalam industri haiwan peliharaan global.

MR.VET menerima pengiktirafan dalam kategori Inovasi Biotech manakala Bite of Wild merangkul anugerah dalam kategori nutritisi hasil pendekatan pemakanan berasaskan sains dan inovasi yang diterapkan dalam pembangunan produk masing-masing.

Pengasas jenama tersebut, Steve Bui berkata, kejayaan itu bukan sahaja membuktikan keupayaan kedua-dua jenama dalam menawarkan penyelesaian pemakanan yang memenuhi keperluan haiwan peliharaan moden malah turut mengangkat nama Asia Tenggara sebagai hab pembangunan produk nutrisi haiwan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa produk yang dibangunkan di Asia Tenggara mampu bersaing dan mendapat tempat di pentas antarabangsa. Pada masa sama, ia mengukuhkan komitmen kami untuk terus menyediakan penyelesaian nutrisi terbaik kepada haiwan peliharaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengiktirafan global membuktikan bahawa produk yang dibangunkan di Asia Tenggara mampu bersaing dan mendapat tempat di pentas antarabangsa.

Steve berkata, kejayaan syarikatnya alam kategori Inovasi Biotech didorong oleh penggunaan teknologi pengering beku khas yang membantu mengekalkan nutrien sensitif yang lazimnya boleh terjejas akibat pemprosesan suhu tinggi.

“Bite of Wild pula dibangunkan berasaskan falsafah pemakanan semula jadi yang diinspirasikan daripada corak diet asal kucing sebagai karnivor obligat.

“Kami mahu menyediakan makanan berkualiti tinggi untuk haiwan peliharaannya sendiri dengan menitikberatkan keseimbangan antara keperluan biologi semula jadi dan piawaian nutrisi moden,” katanya.

Steve Bui berkata, syarikat kini merancang memperkenalkan lebih banyak produk inovatif yang berasaskan kajian saintifik bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast