Gambar tular Mark Wahlberg dalam filem terbaharu terbitan Netflix berjudul The Big Fix di Puylau Pinang.

GEORGE TOWN – Penggambaran filem terbaharu terbitan Netflix berjudul The Big Fix dibintangi pelakon Hollywood, Mark Wahlberg dijangka meningkatkan lagi pengiktirafan Pulau Pinang di peringkat antarabangsa.

Ia sekali gus merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai.

Menurutnya, penggambaran selama dua minggu di beberapa lokasi ikonik di negeri ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai destinasi pilihan penerbitan filem dan televisyen antarabangsa.

Menurutnya, penerbitan bertaraf antarabangsa seperti itu memberi pendedahan yang amat bernilai kepada Pulau Pinang menerusi salah satu platform penstriman terbesar dunia.

“Ini merupakan satu lagi pencapaian penting bagi sektor pelancongan dan ekonomi kreatif Pulau Pinang.

“Penerbitan sebesar ini memberi pendedahan antarabangsa yang amat bernilai kepada negeri ini melalui salah satu platform penstriman terbesar dunia,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pasukan produksi di Stadium Bandaraya Pulau Pinang semalam.

Hon Wai (baju biru) berjumpa dengan pasukan produksi di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, semalam.

Sementara itu, kelibat Mark Wahlberg mencuri perhatian ramai selepas gambar serta video memaparkan pelakon itu sedang menjalani penggambaran tular di media sosial.

Kehadiran pelakon berusia 55 tahun itu menambah keterujaan netizen apabila melihat di menaiki sebuah kereta Perodua Kelisa ketika melakonkan satu babak ketika proses penggambaran berlangsung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast