Peter Makrillos. Foto FB Selangor.

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengumumkan kehadiran pemain tengah Australia, Peter Makrillos sebagai pemain import terbaharu bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Perpindahan pemain tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Merah Kuning menerusi satu kenyataan di platform rasmi kelab itu hari ini.

“Selangor FC dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran pemain tengah dari Sydney, Australia, Peter Makrillos sebagai pemain import ketiga dan pemain baharu keenam Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

“Peter mengharungi karier profesional di beberapa negara termasuk England, Australia, Greece, Finland, Hungary, Denmark, Sweden dan Republik Korea.

“Pengalaman luas yang dimiliki dijangka mampu memperkukuhkan pasukan, khususnya menerusi peranan sebagai pemain tengah box-to-box yang berupaya membantu dalam aspek pertahanan dan serangan,” tulis kelab itu.

Peter Makrillos. Foto FB Selangor.

Makrillos menjadi pemain import terbaru Selangor musim ini selepas Eduardo Sosa dan Jefferson Tabinas.

Dia juga berpotensi berentap dengan bekas rakan sepasukan dan pemain tengah Harimau Malaya, Endrick Dos Santos dalam Liga Super yang dilaporkan akan menyertai Star City selepas meninggalkan Cong An Ho Chi Minh City FC

“Saya memang mencari seorang pemain seperti Peter. Beliau bukan sahaja mampu beraksi sebagai pemain box-to-box, malah turut berupaya menyumbang jaringan gol.

“Saya yakin kehadirannya akan menambah kekuatan pasukan dalam menghadapi musim ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast