Arbenit Xhemajli. Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC terus memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan itu dengan membawa masuk bekas bek tengah Sunderland, Arbenit Xhemajli menjelang saingan Liga Super musim 2026/2027.

Kehadiran pemain pertahanan berusia 28 tahun itu diumumkan pengurusan Merah Kuning di semua platform rasmi pasukan itu.

“Selangor FC membawa masuk enjin Eropah hebat untuk musim 2026/27 dengan mendapatkan bek tengah antarabangsa Kosovo, Arbenit Xhemajli,” kata Selangor dalam satu kenyataan di media sosial rasminya.
Arbenit Xhemajli. Foto FB Selangor FC.

Xhemajli menghabiskan majoriti kariernya di Eropah dan selain Sunderland, dia pernah beraksi untuk KF Egnatia, FC Zurich, FC Vaduz dan Neuchatel Xamax.

Sebelum menyertai Selangor, Xhemajli mewakili Egnatia sebanyak 124 kali, menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan gol.

Dia juga pernah merasai pengalaman beraksi di Eropah semasa mewakili Vaduz. Beliau merekodkan tiga penampilan di pentas Liga Konferens Europa UEFA (UECL) pada musim 2022/23.

Xhemajli menjadi pemain import terbaru Selangor selepas Eduardo Sosa, Peter Makrillos dan bek tengah Filipina, Jefferson Tabinas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast