Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan tingkatan satu di kawasan Taman Sri Saujana di sini, minggu lepas.

​Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita sedang mengesan seorang lelaki bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Zakiyah Daud menerusi talian 011-26046234,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Terdahulu, tular hantaran dimuat naik seorang wanita mendakwa anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah antara 6.30 hingga 6.40 pagi diekori lelaki yang menunggang motosikal dengan beg penghantar makanan.

Lelaki itu didakwa menunjukkan kemaluan dan video lucah pada telefon bimbit serta menawarkan wang sebelum cuba menarik tangan mangsa yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast