Selipar dan pakaian dua mangsa lemas ditemukan di kawasan tebing empangan.

PASIR GUDANG – Penduduk Taman Scientex di sini meminta pihak berkuasa dan syarikat pemaju meningkatkan aspek keselamatan di kawasan di empangan berdekatan susulan dua kanak-kanak lemas semalam.

Seorang penduduk, Nurfaizzuddin Azahar mencadangkan kawasan sekeliling empangan tersebut dipagar serta dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Selalu juga nampak budak-budak masuk naik basikal (ke kawasan empangan). Ada juga nampak budak 10 dan 11 tahun masuk dan bila keluar baju mereka dah basah, maksudnya, mereka mungkin mandi dekat kawasan situ.

“Saya harap orang tua kena jagalah anak masing-masing. Kena pantau. Jangan ada yang bermain di kawasan situ dan saya harap pihak berkuasa dapat tingkatkan kawalan di sini,” katanya ketika ditemui.

Dalam kejadian petang semalam, Mohamad Haikal Ramzi Mohamad Khairudi, 12, dan Muhammad Faris Adam Arman, 11, ditemui lemas selepas dipercayai mandi di empangan tersebut.

Mohamad Haikal Ramzi

Insiden tersebut tular dalam TikTok selepas penemuan selipar, pakaian dan basikal di tebing empangan tersebut.

Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Skudai menemukan Mohammad Haikal pada kedalaman 2 meter dan jarak 3 meter dari tebing pada pukul 2.12 tengah malam tadi.

Muhammad Faris pula berjaya dijumpai oleh pasukan PPDA pada kedalaman 2 meter dan jarak 15 kaki dari tebing pukul 2.33 pagi tadi.

Kedua-dua kanak-kanak berkenaan difahamkan baru berkenalan tiga hari lalu.

Mohamad Khairudi Se
ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang hari ini

 

Sementara itu, Mohamad Khairudi Setapa, 42, berkata,  arwah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu hanya sekali pergi ke kawasan empangan tersebut sebelum ini.

Dia yang bekerja kilang menambah, ini merupakan kali kedua ke kawasan empangan tersebut dan biasanya apabila tidak bersekolah pada cuti hujung minggu hanya bermain di jalan berhampiran rumah. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast