Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap ketika sidang media selepas hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Kementerian Pengangkutan Tahun 2026 di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 13 OGOS 2026.

PUTRAJAYA – “Macam mana anda tahu ini perhimpunan bulanan terakhir saya? Saya tidak pernah menyebutnya. Selepas Ahad,  kita cakap tentang ini.”

Demikian respon Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika ditanya sama ada hari ini merupakan Perhimpunan Bulanan terakhirnya bersama warga MOT.

Apabila pemberita bertanyakan perasaannya, Anthony Loke sebaliknya berkata beliau berasa tenang.

“Saya tidak tahu kenapa anda tanya soalan itu (adakah nervous). Sebab saya tenang saja hari ini.

“Selepas ini saya ada nak celebrate hari jadi Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri M Jama Sathiran, okay? Terima kasih,” katanya lagi.

Sebelum ini dilaporkan, DAP bakal membuat keputusan sama ada parti itu akan kekal atau keluar daripada Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semasa, pada Persidangan Parti DAP 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong dilaporkan berkata, Anthony Loke akan membentangkan usul berhubung perkara itu pada persidangan berkenaan yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sebagai rekod, kongres tahunan itu pada asalnya dirancang pada 12 Julai lalu, tetapi ditangguhkan bagi membolehkan DAP memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast