Foto: Ihsan TLDM

KUALA LUMPUR – Enam anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) berjaya ditemukan selamat oleh kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas terapung di perairan Laut China Selatan akibat tersasar dari posisi pendaratan semasa latihan penerjunan bebas.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, penerjunan yang tersasar itu berpunca daripada faktor perubahan cuaca secara tiba-tiba sehingga menjejaskan jarak penglihatan.

Menurutnya, ini membuktikan keberkesanan latihan berterusan dan realistik PASKAL dalam mempersiapkan anggota menghadapi situasi luar jangka.

“Selain kemahiran tempur, latihan intensif ini terbukti memupuk ketahanan diri yang tinggi, disiplin, serta keupayaan ikhtiar hidup (survival) dalam situasi ekstrem selaras dengan slogan `Sentiasa Yang Terbaik’.

“TLDM menegaskan komitmen berterusan untuk mengimbangi aspek kesiapsiagaan tempur dan keselamatan anggota demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terjamin,” katanya menerusi Facebook TLDM hari ini. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast