Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Rahimi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menguji sendiri kesediaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada lawatan kerja sempena penganjuran Formula 1 GP Bahrain Gulf Air 2026 Oktober ini di Sepang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2026.

KUALA LUMPUR – Tiket Madana bagi menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini ditawarkan serendah RM200 khusus untuk pemegang MyKad.

Tiket berkenaan memberikan akses sepanjang tiga hari acara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penawaran tiket itu diputuskan hasil perbincangan dan persetujuan bersama pihak Bahrain.

“Alhamdulillah, hasil perbincangan dan persetujuan bersama Bahrain, kerajaan sukacita mengumumkan Tiket Madani khusus untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses sepanjang tiga hari acara,” katanya.

Anwar berharap, inisiatif itu membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman menyaksikan perlumbaan Formula 1 secara langsung di Sepang.

Butiran lanjut mengenai penjualan tiket akan diumumkan pihak Litar Antarabangsa Sepang dalam masa terdekat, ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here