Azizi Safar

KUALA LUMPUR – “Tak ada suspens langsung,” kata pemerhati politik, Azizi Safar terhadap keputusan Konvensyen Kebangsaan DAP 2026 yang menyaksikan lebih 88 peratus perwakilan memilih parti itu kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen ke-15.

Menerusi hantaran di media sosialnya, Azizi menyifatkan keputusan tersebut sebagai sesuatu yang sudah dijangka, malah mengibaratkan perkembangan itu seperti sebuah “wayang” yang sudah diketahui pengakhirannya.

“Wayang hari ini sudah tamat. Penonton wayang awal-awal lagi dah jangka ending wayang hari ini. Tak ada suspens langsung,” katanya.

Katanya, sekiranya perwakilan memilih untuk keluar daripada kerajaan, lima menteri, tujuh timbalan menteri, 18 pengarah syarikat milik kerajaan, 387 ahli majlis serta 521 ketua kampung dan ahli jawatankuasa perlu melepaskan jawatan.

“Takkan nak keluar Kabinet sahaja … Hehe,” katanya.

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal selepas majoriti besar perwakilan parti memberikan mandat kepada kepimpinan untuk meneruskan kerjasama dalam kerajaan.

Keputusan itu dibuat menerusi undi sulit pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 hari ini dengan 1,857 daripada 2,099 undi sah, bersamaan 88.2 peratus, menyokong usul supaya parti itu kekal dalam kerajaan.

Sebanyak 242 undi atau 11.5 peratus pula menyokong supaya DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan manakala tujuh kertas undi rosak. – MalaysiaGazette

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast