Tangkap layar video yang tular memaparkan sekumpulan etnik Rohingya tinggal di Taman Permainan Pusat Komuniti Taman Dato Onn, Larkin, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Tular enam sekeluarga etnik Rohingya hidup secara gelandangan di Taman Permainan Pusat Komuniti Taman Dato Onn, Larkin di sini.

Video berdurasi 15 saat itu tular dalam media sosial. sekali gus menimbulkan keresahan dan rasa tidak selesa penduduk setempat.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat beberapa lelaki sedang berehat dan baring selain kanak-kanak tidak memakai baju bermain di kawasan taman tersebut.

Situasi tersebut menarik perhatian netizen yang mahukan kawalan dan pemantauan di kawasan itu diadakan selain mahu warga asing terbabit dihantar semula ke negara asal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, tindakan sudah diambil susulan penularan video tersebut.

“Anggota cegah jenayah telah melakukan rondaan di kawasan itu pada 24 Ogos dan kelibat mereka sudah tiada.

“Pemantauan semasa akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azrul Hashim, pemantauan terus dilaksanakan dan lokasi keberadaan mereka ketika ini belum dipastikan.

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menunggu maklum balas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here