Maklumat dari PLUS

KUALA LUMPUR – Sebuah lori terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 1.22 petang tadi di Kilometer (KM) 8.8 Lebuhraya Utara-Klang Valley (NKVE) arah Selatan dari Subang ke Shah Alam hingga mencetuskan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

Menurut maklumat PLUS, kemalangan itu menyebabkan lorong kiri dan lorong tengah terhalang, hingga mengakibatkan aliran lalu lintas perlahan.

“Status terkini, lorong kiri, lorong tengah masih ditutup. Kerja pembersihan sedang dijalankan. Trafik sesak 5km. Rancang perjalanan anda,” katanya.

Dalam kemas kini pada 2.23 petang, PLUS memaklumkan kedua-dua lorong berkenaan masih terhalang.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here