Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

PUTRAJAYA – Hubungan dua hala Malaysia-Brunei dijangka terus diperkukuh khususnya dalam aspek pengurusan sempadan, pergerakan rakyat, perdagangan dan industri produk halal.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara hasil yang diberi perhatian susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei, baru-baru ini.

Beliau berkata, hubungan baik antara pemimpin kedua-dua negara membuka ruang untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

“Perdana Menteri telah menegaskan dalam hubungan dua hala, isu sempadan termasuk mempermudah pergerakan antara kedua-dua negara serta kerjasama dalam bidang perdagangan dan produk-produk halal perlu dipertingkat,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Fahmi juga merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri selepas beliau dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada 22 Ogos lalu.

“Hubungan erat antara Malaysia dan Brunei perlu terus diterjemahkan melalui kerjasama yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here