Mohamad Hijazi Zamri dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

BAYAN LEPAS – Seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu, ditemukan selamat di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, Mohamad Hijazi Zamri, 26, berjaya dikesan hasil tindakan dan siasatan lanjut yang dijalankan pihak polis.

“Lelaki berkenaan ditemukan di sebuah rumah di alamat berkenaan dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas bagi tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Tambah Anuwal, polis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang turut membantu usaha mengesan lelaki berkenaan sehingga berjaya ditemukan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Polis kesan guru KAFA hilang sejak Sabtu lalu

Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dari rumah mereka di Sungai Ara di sini.

Sebelum itu, lelaki berkenaan meminta izin ibunya untuk ke Surau Al-Muttaqin di Lilitan Sungai Ara dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, keluarga gagal menghubunginya sebelum membuat laporan polis keesokan hari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here