Tangkap layar video tular kejadian bakar mercun di persimpangan jalan di Seksyen U14, Shah Alam, semalam.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan kes bakar mercun di persimpangan Jalan Hamzah, Seksyen U14 di Shah Alam, Selangor.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, laporan dibuat Ketua Polis Balai Bukit Jelutong, semalam susulan penularan video insiden terbabit.

Menurut beliau, kejadian tersebut disyaki berlaku sekitar jam 4.22 petang, Selasa semasa perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden Setia Alam.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam aktiviti membakar mercun ini dan saksi yang berada di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076.

Sebelum itu, insiden itu tular di media sosial aplikasi Threads menyatakan terdapat kejadian sekumpulan lelaki membakar mercun di lokasi terbabit. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here