Fadhlina berucap pada sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Pulau Pinang bakal menjadi satu-satunya negeri yang lengkap dengan prasarana papan pintar (smart board) di semua sekolah tidak lama lagi, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, Pulau Pinang ketika ini antara negeri yang mendahului dari segi prasarana teknologi maklumat (IT) dan digital.

“Di Pulau Pinang ini, semua sekolah sudah dibekalkan dengan smart board. InsyaAllah ia bakal menjadikan satu-satunya negeri yang lengkap dengan prasarana itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di sini hari ini.

Hadir sama pada poragm itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fadhlina berkata, perkembangan berkenaan diharapkan turut disertai pembangunan karakter, sosial dan pencapaian akademik yang lebih baik pada masa akan datang.

“Kita doakan semoga prestasi itu juga datang bersama pembangunan karakter, pembangunan sosial, dan keputusan-keputusan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here