KULA LUMPUR – Speedy Tigers terpaksa berpuas hati tangga tercorot pada kempen Piala Dunia 2026 apabila tewas kepada Wales menerusi penentuan penalti dalam aksi penentuan tempat ke-15 dan ke-16 di Belfius Hockey Arena, Belgium sebentar tadi.
Penentuan menerusi pukulan penalti ditentukan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 yang menyaksikan Fitri Saari menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya menyempurnakan pukulan penalti.
Keputusan berkenaan menyaksikan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-16 manakala Wales menamatkan kejohanan di tempat ke-15.
Dalam aksi seimbang itu, Malaysia bermula agak perlahan apabila Wales membuka tirai jaringan menerusi Benjamin Francis pada minit ke-29 sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan pada minit ke-41.
Akhimullah Anuar Esook kemudian meletakkan Malaysia di depan apabila meledak gol pada minit ke-52, namun kelebihan itu hanya bertahan seminit apabila Liam Barker kembali menyamakan kedudukan buat Wales. – MalaysiaGazette
















