Tangkap layar video warga Yaman membuat aksi merbahaya duduk di tingkap ketika kenderaan bergerak ditahan polis.

KUALA LUMPUR – Padah membuat aksi berbahaya dengan mengeluarkan badan dan duduk di atas tingkap pintu dua kenderaan yang sedang bergerak di Jalan Sungai Besi, di sini, tujuh lelaki warga Yaman termasuk lima pelajar universiti ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya telah mengesan video tular membabitkan insiden kejadian itu di laman Threads.

“Hasill siasatan mendapati, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam semalam ketika kedua-dua kenderaan itu bergerak di Jalan Sungai Besi menghala ke Jalan Bukit Bintang.

“Penumpang kedua-dua kenderaan bertindak mengeluarkan badan serta duduk di atas tingkap pintu kenderaan secara berbahaya ketika kenderaan sedang bergerak.

“Individu terbabit terdiri daripada tujuh lelaki warga Yaman yang kesemuanya berusia antara 23 hingga 26 tahun, dengan lima daripada mereka adalah pelajar universiti awam di Kedah, manakala dua lagi adalah lepasan universiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Zamzuri, hasil soal siasat terhadap pemandu mendapati tindakan itu dilakukan semata-mata untuk berseronok bagi meraikan perkahwinan seorang rakan.

Berikutan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu peruntukan berkaitan perbuatan cuai atau gopoh yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here