KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Shafi Muhammad membalas sindiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengenai kerjasama politik dengan menggunakan kiasan sama namun dengan nada lebih keras.
Dr Akmal sebelum ini menggunakan kiasan soal lamaran dan perkahwinan bagi menggambarkan pendirian pihak yang mahu menjalinkan kerjasama politik tetapi didakwa terus mendesak walaupun tidak mendapat persetujuan.
Menurut Dr Akmal, keputusan pihak yang tidak bersedia untuk bekerjasama sepatutnya dihormati dan tidak dipaksa melalui tekanan, ugutan atau pujukan.
“Nak berkawan pun kena ada maruah. Nak bekerjasama pun kena ada harga diri. Kalau orang dah tak sudi tapi masih guna tekanan untuk paksa orang bersama, itu bukan kuat.
“Itu dayus namanya,” kata Dr Akmal.

Membalas sindiran itu, Saifuddin menyifatkan kiasan Dr Akmal sebagai tidak tepat sebelum mengubah semula perumpamaan berkenaan untuk menyindir pihak yang didakwa mempunyai rekod politik lampau.
“Salah kiasan itu Akmal. Ibarat sudah kahwin tapi menyundal di tempat lain,” sindirnya.
Saifuddin kemudian mendakwa pihak yang disindirnya sebelum ini pernah ‘dikutip dari lembah hina selepas terbuang’ selain menuduhnya menggunakan fitnah dan penghinaan dalam menyerang pihak lain.
“Sudahlah menyundal, guna pula cara fitnah menghina. Mendabik dada, lupa gelumang dosa yang lama,” ujarnya.
Beliau turut memberi bayangan perkara yang sebelum ini cuba tidak dibangkitkan mungkin tidak lagi akan dipertahankan sekiranya serangan berterusan dibuat.
“Kalau selama ini merayu agar tidak dibuka pekung lama kini nampaknya tiada yang harus terus dipertahan. Alang-alang mandi biar basah. Berputih tulang jangan berputih mata,” katanya. – MalaysiaGazette

















alahai PKR…yg ditolak rakyat di Sabah, di Johor dan di NS ialah korang…yg terhegeh2 nak bantuan UMNO BN korang juga…padahal ko yg menyundal dgn DAP..muka tak tau malu