Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd menerima empat pengiktirafan berprestij di Tourism Industry Awards 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association.

KUALA LUMPUR – Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd (AHR) terus melakar sejarah apabila menerima empat pengiktirafan berprestij di Tourism Industry Awards 2026 yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara kumpulan hospitaliti terkemuka di Malaysia.

Pencapaian tersebut meneruskan kejayaan AHR yang telah menerima pelbagai pengiktirafan di Tourism Industry Awards pada tahun-tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Operasi AHR, Mohd Iqmal Muslim berkata, pengiktirafan yang konsisten itu mencerminkan komitmen berterusan kumpulan terhadap kecemerlangan perkhidmatan, kualiti operasi, inovasi dan hospitaliti Malaysia yang autentik di seluruh portfolio hotel dan resortnya.

“Anugerah ini merupakan bukti kepada semangat dan komitmen warga kerja kami yang sentiasa berusaha untuk melangkaui jangkaan tetamu dan turut mengukuhkan misi kami untuk menawarkan hospitaliti Malaysia yang tulen di samping terus melabur dalam penambahbaikan hartanah, menaik taraf kemudahan dan menghasilkan pengalaman tetamu yang lebih inovatif.

“Antara inisiatif terkini termasuk penambahbaikan lobi, Cerana Restaurant dan 189 daripada 272 bilik tetamu di Perdana Kota Bharu serta penambahan sebuah lounge kopi.

“Di Perdana Kuala Lumpur City Centre pula, kami telah memperkenalkan dua gelanggang baharu pickleball dan padel, sekali gus memperkukuh komitmen kami dalam menawarkan pengalaman penginapan dan gaya hidup yang lebih bermakna kepada para tetamu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah yang diterima itu  adalah Best Managed & Operated Hotel Chain menerusi AHR, Best Family & Business Hotel oleh Perdana Kuala Lumpur City Centre, Leading East Coast Business Hotel oleh Perdana Kota Bharu dan Leading Eco-Tourism Family Resort  oleh Villea Port Dickson.

Tourism Industry Awards dianjurkan bersama oleh Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA), Tourism Selangor dan Santai Travel Magazine dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Malaysia dan Visit Malaysia 2026–2027.

Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd ialah penyedia hospitaliti terkemuka di bawah Permodalan Nasional
Berhad.

Mohd Iqmal Muslim menambah, pengiktirafan tu mencerminkan kecemerlangan jenama hospitaliti yang konsisten dalam aspek pengurusan, kepuasan tetamu, standard operasi dan amalan pelancongan mampan.

Beliau turut menekankan pencapaian mencerminkan komitmen kukuh AHR terhadap prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) yang diterapkan dalam operasi kumpulan.

Antara pencapaian utama ialah Villea Port Dickson yang telah diiktiraf sebagai Green Hotel oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kini sedang dalam proses mendapatkan pensijilan kelestarian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kata beliau,ia selaras dengan aspirasi AHR untuk menjadi peneraju dalam pelancongan yang bertanggungjawab dan mampan.

AHR kini menguruskan portfolio tujuh hotel, resort dan kelab golf di seluruh Malaysia, iaitu Perdana Kuala Lumpur City Centre, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara, Villea Morib, Villea Port Dickson, Villea Rompin Resort & Golf, dan Kota Seriemas Golf & Country Club. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here