Maritim manahan sebuah bot Maritim Malaysia) menahan sebuah bot penumpang yang melanggar pelbagai peraturan keselamatan pada kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Besar, Mersing, semalam.

MERSING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot penumpang yang melanggar pelbagai peraturan keselamatan pada kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Besar di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Zon Mersing, Leftenan Maritim Hazuan Joha berkata, bot penumpang berkenaan dikesan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan Op Jaksa dan Op Tiris 4.0 di perairan tersebut.

Beliau memberitahu, bot berkenaan kemudian dipintas untuk pemeriksaan kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh dua kru warga tempatan berusia 22 dan 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati bot berkenaan disyaki membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan serta beroperasi tanpa bilangan kru yang cukup seperti ditetapkan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, nakhoda, kru serta bot penumpang juga ditahan dan diiring ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pihak maritim menahan sebuah bot penumpang kerana melakukan pelbagai kesalahan

Tambahnya, kes tersebut disiasat bawah Kaedah-Kaedah Bot 1953 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Nakhoda, kru serta bot penumpang berkenaan telah ditahan dan diiring ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan katanya, boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Hazuan berkata, semua pengusaha bot penumpang dan bot pelancong diingatkan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen, peraturan keselamatan serta undang-undang maritim yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan penumpang terpelihara.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan keselamatan dan perundangan maritim.

“Tindakan penguatkuasaan terus dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan pengguna perairan serta kelancaran aktiviti maritim sentiasa terjamin,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku atau jenayah maritim serta insiden kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor menerusi talian 07-219 9404 atau talian kecemasan 999 bagimembolehkan tindakan segera diambil.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here