Ahmad Zahid Hamidi

KOTA BHARU – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), dekat Pengkalan Chepa, esok.

Perkara itu disahkan oleh sumber UMNO.

“Insya-Allah Presiden UMNO akan hadir esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain Ahmad Zahid, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta pimpinan negeri termasuk ketua-ketua Bahagian UMNO Kelantan turut dijangka menghadiri muktamar tersebut.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh muncul pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di sebuah hotel di sini.

Beliau hadir bersama rombongan seramai 25 orang.

Muktamar Tahunan Pas ke-72 akan dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi ucapan dasar sebelum ia dibahaskan oleh para perwakilan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menjemput pimpinan UMNO ke muktamar kali ini susulan UMNO dilihat sebagai rakan kerjasama strategik.

Kehadiran pimpinan UMNO itu dilihat menarik perhatian ketika hubungan antara kedua-dua parti terus menjadi tumpuan dalam perkembangan politik tanah air. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here