Pemangku Naib Ketua Pemuda DPPN Melaka, Muhammad Hatin Mohd Yusof bercakap pada perbahasan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-67 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Foto AIZAT ZAINAL, 03 SEPTEMBER 2026.

KOTA BHARU – Sokongan akar umbi terhadap kerjasama Pas dan UMNO terus dilihat semakin kukuh apabila Muktamar Dewan Pemuda Pas Negeri (DPPN) Melaka pada Ogos lalu sebulat suara menyokong supaya usaha penyatuan kedua-dua parti itu diteruskan dalam menghadapi masa depan politik negeri.

Pemangku Naib Ketua Pemuda DPPN Melaka, Muhammad Hatin Mohd Yusof berkata, pendirian itu membuktikan penyatuan bukan sekadar retorik politik, sebaliknya semakin dirasai sebagai satu keperluan strategik di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, penyatuan tidak bermaksud semua parti perlu mengorbankan identiti dan perjuangan masing-masing.

“Pas tetap Pas. UMNO tetap UMNO. Parti-parti lain mempunyai identiti dan perjuangan masing-masing.

“Tetapi, dalam perkara yang melibatkan Islam, kepentingan Melayu, kedaulatan institusi negara, kebajikan rakyat dan masa depan generasi akan datang, mengapa kita tidak boleh mencari titik persamaan?” katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Dewan Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke-67 di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan Muktamar Dewan Pemuda Pas Melaka itu jelas menunjukkan terdapat kesediaan dalam kalangan akar umbi untuk melihat kerjasama politik antara Pas dan UMNO diteruskan.

Katanya, perbezaan identiti parti tidak seharusnya menjadi penghalang untuk kedua-dua pihak bekerjasama dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama.

“Keperluan untuk bersatu itu sedang dirasai di peringkat akar umbi,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here