Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC menasihatkan para penyokong khususnya kepada ibu bapa dan penjaga susulan keadaan jerebu yang melanda sekitar Petaling Jaya ketika ini.

Kelab itu memaklumkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sekitar daerah itu berada pada paras 172 setakat pukul 3,00 petang hari ini.

Menurutnya, bacaan tersebut dijangka menurun kepada sekitar 159 menjelang 7.00 malam namun keadaan semasa tetap menjadi perhatian utama pihak mereka.

“Perlawanan Selangor FC menentang Melaka FC malam ini hanya akan ditangguhkan sekiranya bacaan IPU melebihi paras 201 berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Malaysian Football League.

“Bagaimanapun, Selangor FC menasihatkan agar kanak-kanak kecil tidak dibawa hadir ke stadium bagi menyaksikan aksi tersebut mengambil kira keadaan jerebu dan bacaan IPU semasa.

“Tiket kanak-kanak yang telah dibeli boleh digantikan dengan tiket bagi mana-mana perlawanan ‘home’ Selangor FC pilihan penyokong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aksi Selangor FC menentang Melaka FC dijadualkan berlangsung malam ini dengan keadaan jerebu menjadi antara isu yang perlu diberikan perhatian oleh penyokong yang ingin hadir ke stadium.

Selangor FC turut menggalakkan ibu bapa dan penjaga supaya mengutamakan aspek kesihatan serta keselamatan anak-anak ketika membuat keputusan untuk hadir ke perlawanan malam ini.

Kelab itu menegaskan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan mereka susulan keadaan kualiti udara yang kurang baik ketika ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here