Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berucap pada pembukaan Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Kota Bharu, Kelantan. Foto AIZAT ZAINAL, 04 SEPTEMBER 2026

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa melatah susulan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai usaha Amerika Syarikat (AS) campur tangan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia sebelum 2018.

Fadhli berkata, Kedutaan AS di Malaysia sudah menafikan dakwaan berkenaan, malah terdapat saluran undang-undang yang boleh digunakan bagi menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, tindakan PH membuat laporan polis berhubung isu itu menimbulkan persoalan mengenai kepentingan mereka dalam perkara berkenaan.

“Tan Sri Presiden Pas mendakwa Amerika Syarikat ada usaha untuk campur tangan jatuhkan Kerajaan Malaysia sebelum tahun 2018.

“Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menafikan perkara ini. Ada kaedah undang-undang untuk selesaikan pertikaian antara dua pihak terlibat ini iaitu saman sivil,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Fadhli mempersoalkan mengapa PH secara tiba-tiba mengambil tindakan sedemikian sedangkan Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, tidak mengaitkan mana-mana pihak daripada PH dalam dakwaan tersebut.

“Apa yang menghairankan kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan melatah? Apa kepentingan mereka dalam isu ini?

“Kenapa tiba-tiba melatah dan buat laporan polis? Adakah Presiden Pas mengaitkan mana-mana pihak dari Pakatan Harapan dalam isu ini? Tidak sekali-kali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika isu dakwaan campur tangan asing terhadap politik Malaysia sebelum 2018 kembali menjadi perhatian susulan kenyataan Abdul Hadi.

Kenyataan itu bagaimanapun dinafikan Kedutaan AS di Malaysia.

Sehubungan itu, Fadhli turut mempersoalkan sama ada reaksi PH tersebut mempunyai kaitan dengan dakwaan yang dibangkitkan Abdul Hadi.

“Jadi, kenapa mereka melatah? Atau mereka sebenarnya yang ada kaitan?” soalnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here