Anggota bomba setakat ini sudah berjaya memadam kebakaran seluas 6.8 daripada keseluruhan 17 hektar hutan yang terbakar di belakang jirat Cina, Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi.- Foto ihsan bomba Johor

KOTA TINGGI – Seluas 6.8.hektar atau 40 peratus daripada keseluruhan 17 hektar kawasan hutan yang terbakar di belakang jirat Cina, Bukit Pelali, Pengerang di sini sejak semalam berjaya dipadamkan setakat pukul 4 petang tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Abd Rahim Abdul Rani berkata, operasi tersebut yang melibatkan 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove dan (BBP) Punggai berdepan berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

Jelasnya, kerja-kerja pemadaman kebakaran itu melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua utiliti selain dibantu pihak luar dengan enam lori tangki dan sebuah excavator.

Kawasan hutan seluas 17 hektar terbakar di belakang jirat Cina, Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi sejak semalam.- Foto ihsan bomba Johor

Beliau memberitahu, operasi tersebut berdepan masalah cuaca panas, suhu tinggi dan kering serta angin kencang.

“Keadaan ini mempercepatkan penyebaran bara api dalam lapisan tanah gambut. Kawasan terbakar tersebut merupakan tanah gambut dan kebakaran melibatkan kawasan yang bertompok-tompok.

“Keadaan hutan menyukarkan pemadaman kerana laluan sukar dan tiada akses dari sumber air berhampiran serta amat terhad. Begitu juga jalan sempit dan struktur tanah lembut menyukarkan kelancaran operasi.

Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran hutan daripada merebak ke kawasan berdekatan. Foto ihsan bomba Johor

“Keadaan bertambah sukar apabila berlaku kerosakan peralatan ketika operasi iaitu pam angkut tohaitsu (SCV) bocor di throthel body dan coil plug bermasalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan Sektor A dengan kawasan seluas 13 hektar, manakala kawasan sektor B seluas 4 hektar dengan kerja-kerja pemadaman masih berterusan sehingga kini.

Kebakaran tersebut katanya, menyebabkan asap tebal meliputi jalan raya dan membahayakan kenderaan awam.

Justeru katanya, tumpuan pemadaman adalah di sepanjang bahu jalan raya bagi mengelak kebakaran terus merebak.

Terdahulu portal ini melaporkan, kawasan hutan di belakang jirat Cina tersebut terbakar kira-kira pukul 5 petang semalam dan sejak itu operasi memadam kebakaran dilakukan sehingga kini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here