Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek ketika mendengar pengumuman pencapaian Malaysia dalam Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 08 SEPTEMBER 2026.

PUTRAJAYA – Penurunan sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak merupakan antara dapatan Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 yang perlu diberi perhatian serius, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha mencari pihak untuk dipersalahkan, sebaliknya ia sebagai isyarat mengenai apa diperlukan anak-anak.

“Sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak kita menurun.

“Bagi saya, ini bukan soal mencari siapa yang harus dipersalahkan. Ini soal mendengar apa yang anak-anak perlukan daripada orang dewasa di sekeliling mereka,” katanya pada sidang media sempena Pengumuman PISA 2025 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, walaupun guru dan Kementerian Pendidikan (KPM) memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan, namun tiada sistem pendidikan mampu menggantikan peranan keluarga dalam kehidupan seorang anak.

“Ibu bapa tidak perlu menjadi “guru kedua” di rumah atau menguasai semua subjek bagi menyokong pembelajaran anak,” katanya.

Sebaliknya, katanya sokongan boleh bermula dengan perkara mudah seperti meluangkan masa bertanya mengenai apa yang dipelajari atau perkara yang tidak difahami anak di sekolah.

“Apabila seorang ibu atau bapa bertanya, mesej yang sampai kepada seorang anak sebenarnya jauh lebih besar.

“Apa yang kamu belajar penting kepada saya. Usaha kamu penting kepada saya. Masa depan kamu penting kepada saya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here