Helikopter terhempas di Baram, Sarawak. Foto tular di media sosial

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kejadian Helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Marudi, Sarawak, petang ini.

Bagaimanapun menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, perjalanan darat ke lokasi kejadian mengambil masa 10 jam dari Marudi manakala khidmat helikopter tidak dapat digunakan kerana jerebu.

Sehubungan itu katanya, operasi mencari dan menyelamat buat masa ini bergantung pada penduduk kampung.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/09/08/helikopter-flying-doctor-service-bawa-lima-penumpang-terhempas-di-ulu-baram/

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helkopter milik Layang-Layang Aerospace terhempas di Ulu Baram, jam 3.58 petang tadi.

Menurutnya, helikopter berkenaan ketika itu sedang dalam operasi menjalankan tugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service).

CAAM berkata,  Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu dipercayai membawa lima individu termasuk juruterbang.

Identiti kesemua individu berkenaan sedang dikenal pasti dan status mereka juga belum diketahui.

Terdapat kemungkinan mangsa sempat menyelamatkan diri atau terjun keluar dari helikopter sebelum ia terhempas, namun perkara itu masih dalam siasatan dan operasi mencari masih dijalankan pihak berkuasa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here